Vaksin pelentung elak pneumonia, radang otak
Oleh Hafizah IszahanidSuntikan imunisasi boleh diambil kanak-kanak seawal usia 12 bulan hingga 12 tahun
[img]http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/13kesi3a.jpg[/img]
DR Noor Aziah menjelaskan kanak-kanak yang
mendapat pelentung biasanya akan sembuh dalam
masa tujuh hingga 10 hari.
WALAUPUN imunisasi adalah cara terbaik mencegah pelentung, tetapi kemungkinan seorang kanak-kanak mengalami pelentung sekali lagi tetap ada walaupun sudah menerima suntikan.
Imunisasi mencegah pelentung memberi perlindungan hanya 97 peratus, justeru kanak-kanak masih berhadapan tiga peratus risiko diserang pelentung.
Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari berkata, bagi sesetengah kanak-kanak ketahanan tubuhnya lebih kuat berbanding kanak-kanak lain. Selepas mendapat suntikan pelentung, dia tidak akan berjangkit walaupun terdedah dengan pelentung.
揟etapi ada kanak-kanak tidak memiliki antibodi yang kuat. Walaupun sudah menerima suntikan mencegah pelentung, dia masih dijangkiti pelentung. Bagaimanapun, jangkitan pelentung yang dialaminya tidaklah seteruk kanak-kanak yang tidak pernah menerima suntikan,� katanya.
Suntikan imunisasi lebih kepada memberi perlindungan terhadap komplikasi pelentung seperti pneumonia dan radang otak. Walaupun komplikasi ini sangat jarang terjadi, tetapi jika berlaku akan terjadi dengan teruk.
Dr Noor Aziah berkata, apabila seorang kanak-kanak diserang pelentung, badannya secara automatik membina perlindungan menentang penyakit ini. Jadi, kemungkinan mendapat pelentung kali kedua walaupun masih ada, sangat jarang berlaku.
揗elainkan antibodi badannya lemah dan ia bukan terhad kepada kanak-kanak malah orang dewasa juga terutama mereka yang berhadapan dengan kencing manis misalnya. Golongan begini juga mungkin berhadapan komplikasi,� katanya.
Secara umum, kanak-kanak yang mendapat pelentung biasanya akan sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari. Rawatan biasanya lebih bersifat 慼ome treatment� (berehat dan makan ubat yang diberikan doktor) dan kanak-kanak akan pulih sepenuhnya selepas itu dengan kesan parut kecil.
Tanda-tanda Pelentung
Tanda awal pelentung termasuk rasa gatal, demam dan sakit tekak. Kemudian ia akan berubah kepada ruam kulit yang sangat gatal dan menyebabkan terjadinya bintik berair yang mungkin mencecah ratusan biji.
Golongan dewasa dan orang tua yang berjangkit dengan pelentung biasanya akan terasa lebih 'sakit' daripada kanak-kanak dan mungkin hingga dimasukkan ke hospital. Sakit yang dirasakan termasuk penat, letih dan tidak bermaya.
Pelentung terjadi disebabkan virus yang dinamakan sebagai varicella-zoster yang merebak menerusi udara. Ia mudah berjangkit apabila pesakit bersin atau batuk atau boleh juga menerusi cecair bintil-bintil pelentung pada tubuh pesakit.
Ia lebih mudah merebak di kalangan keluarga, sekolah dan pusat penjagaan. Biasanya pesakit yang berhadapan pelentung boleh memindahkan virus dalam tempoh 48 jam sebelum kemunculan ruam berair pada tubuhnya.
Sebelum adanya vaksin yang mula diperkenalkan pada 1995, di Amerika misalnya setiap tahun dianggarkan 11,000 orang dimasukkan ke hospital dan 100 orang meninggal dunia disebabkan komplikasi pelentung.
Komplikasi pelentung selalunya terjadi kepada mereka yang memiliki antibodi yang rendah, wanita hamil, bayi baru lahir dan golongan dewasa yang berhadapan dengan masalah keimunan.
Suntikan mencegah pelentung untuk kanak-kanak tidak disenaraikan dalam carta suntikan kebangsaan, tetapi suntikan pelentung boleh diambil di klinik dan hospital swasta dengan harga berpatutan. Kanak-kanak boleh mengambil suntikan ini sekali saja dalam seumur hidup bermula dari usia 12 bulan hingga 12 tahun. Satu suntikan ini mampu bertindak melindungi kanak-kanak seumur hidupnya.
Fakta Vaksin Pelentung
Lazimnya pelentung adalah jangkitan yang bersifat 'lemah' dan tidak mengancam nyawa. Walaupun kanak-kanak yang berhadapan dengannya mungkin 憁enderita� untuk beberapa hari, mereka akan pulih sepenuhnya walaupun dengan parut kecil kesan pelentung.
Setiap tahun sekitar 200,000 juta penduduk dunia yang berhadapan dengan pelentung akan berhadapan dengan komplikasi seperti pneumonia dan radang otak. Sekitar 2,000 daripada jumlah ini meninggal dunia.
Golongan yang berhadapan komplikasi selalunya memiliki sistem imun tubuh yang lemah sebelum virus itu menyerang.
Kesan pelentung kepada golongan dewasa selalunya lebih teruk berbanding kanak-kanak.
Kadar kemasukan ke hospital disebabkan pelentung selalunya 900 peratus lebih tinggi di kalangan golongan dewasa berbanding kanak-kanak. Malah, orang dewasa berhadapan risiko kematian 20 kali lebih tinggi dari kanak-kanak disebabkan pelentung.
Wanita hamil berhadapan dengan ancaman lebih serius termasuk kecacatan pembesaran bayi jika berhadapan dengan pelentung.
Pendedahan yang berulang terhadap pelentung membantu membina sistem keimunan tubuh yang tinggi. Tetapi kemungkinan seseorang itu berhadapan dengan pelentung walaupun sudah menerima imunisasi masih ada walaupun peratusannya mungkin rendah.
Kelebihan imunisasi mencegah pelentung adalah perlindungan sepanjang hayat. Laporan daripada Redbook: Report of the Committee on Infectious Diseases, 2000 menyatakan, vaksin pelentung berkesan melindungi kanak-kanak daripada berhadapan dengan pelentung.
* err err err...ni first tahu pasal pelentung nih...sakit mcm mana nih ek? mcm campak ke apa?
No comments:
Post a Comment